Thursday, April 21, 2022

Pulau Di Semporna

 [SEMPORNA] PROMOSI SEPANJANG NOVEMBER DAN DISEMBER

KHAS BUAT ANDA YANG INGIN BERCUTI KE PULAU SEMPORNA 


Tercari-cari tempat yang menarik yang boleh buat anda sungguh excited ? Mahu cari tempat bercuti sebelum masuk tahun 2022 ? teringin pergi ke tempat yang betul-betul dapat melepaskan tekanan kerja? Ingin menghiburkan family dengan kenangan percutian yang indah ?


PULAU SEMPORNA LAH JAWABNYA,


+ Pasir sangat lembut , cantik dan putih.

+ Air sangat jernih , dan kawasan laut cetek yang luas , sesuai bagi anda yang mementingkan keselamatan diri dan keluarga yang tidak pandai berenang

+ Pemandangan bawah laut seperti akuarium penuh dengan choral dan spesis ikan yang cantik bakal menghiburkan hati dan keluarga anda


Ramai geng family ingin pergi ? Best sangat tu , kami boleh bagi special harga untuk korang.


Apa yang termasuk dalam pakej ni?


+ Boat Transfer

+ Makanan/minuman

+ Profesional guide

+ Peralatan snorkeling

+ Bayaran permit jetty


Hanya perlu bawa diri saja , 


Untuk booking dan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh wasap ke no 


www.wasap.my/60133098414

www.wasap.my/60133098414

www.wasap.my/60133098414


#PakejPulauSemporna

#PakejMurahPulauSemporna #ResortPulauSemporna


Semporna Borneo World Dive Tours&Travel Sdn Bhd

Fb Personal Izzaihan Makran

FB Pakej Percutian Pulau Semporna




Thursday, July 29, 2021

Kisah Silam

Aku pasti sejahat-jahat manusia ada niat untuk melakukan kebaikan. Aku pasti sebaik-baik manusia akan ada keburukan.

Ramai sekali sudah terbabit dengan viral . Ada muda , ada yang tua. Tidak kira artis atau orang biasa. Aku macam korang , perasaan bercampur baur, marah  , dan geram . Kasihan , kagum dan terharu. Namun , banyak benda negatif lagi besar viralnya dari benda positif.

Yang pasti , satu perkara yang aku dapat lihat melalui mata hati aku.. benarlah pepatah mengatakan , Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Aku sendiri ada kisah silam. Kisah silam yang membuatku matang berfikir , kisah silamku yang sering buatku sering rasa berdosa. Kisah silamku yang buat diriku manusia tiada yang sempurna.

Aku cuba sebaik mungkin untuk sentiasa memperbaiki diri . Aku percaya akan ada sebahagian insan yang telah diviral akan menjadi lebih baik. Mungkin baik lagi dari kita sekarang. Cukuplah menasihati , jangan kita ikut sama menghina. Takut nanti satu hari , kita pula yang mendabik dada dan tiba-tiba jatuh tersungkur , lalu memikirkan kata-kata yang kita lemparkan berbalik kepada diri sendiri

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , siapalah kita untuk mengadili seseorang seperti neraka tempat mereka. Semoga aku sentiasa berpada-pada dalam berkata-kata.

Aku sejenis orang yang suka buat kesimpulan. Namun , kesimpulan mungkin bertukar. Bukan kerana lalang , tapi aku rasa kita patut beri sokongan dan kata-kata yang baik setiap perubahan yang menjurus kepada perubahan yang positif.

Izzaihan Makran 


Dah lama tinggalkan blog

Finally dah jumpa blog sendiri. Happymacam mau lompat ke bintang. Rasanya bila menulis dalam blog ni , seperti menunjukkan the real me. 


Apapun kita tunggu post seterusnya 😊

Tuesday, June 15, 2010

BERMINAT MENJADI AGENT LOAN PERIBADI?

KAMI MERUPAKAN WAKIM AMBANK DAN EON SEDANG MENCARI AGENT UNTUK LOAN PERIBADI UNTUK KERAJAAN/SWASTA, BLACKLIST JUGA LAYAK MEMOHON.SILA EMAIL SAYA DI nurizaihan@gmail.com

Tuesday, June 8, 2010

Pegawai Perhubungan awam/eksekutif pemasaran di Al-Faiz Agency

Sesiapa yg berminat untuk kerja part time/full time sila hubungi saya

Deskripsi jawatan
waktu berkerja:anjal
umur:18 tahun-40 tahun
kekosongan jawatan:10
kawasan bandar baru bangi dan bangsar
Gaji:rm1500-5000 bergantung terhadap prestasi
Kelayakan:SPM/DIP/DEGREE
nurizaihan@gmail.com

Friday, March 26, 2010

Rezeki Entah Bila

Lama tak update blog..hee...sebok sgt dengan final sem..next week da last week and last sem..suke2...mst rindu nak stdy..Alhamdulillah semua berjalan lancar..semenjak dua menjak ni aku selalu merungut napa ader jer tak kena..yela..asik ader masalah je..tak cukOp duit..tempat praktikal tak dapat2..tension sangat...

Harini 26 Mac 2010 hari JUMAAT aku bangun pagi seperti biasa dan berurusan untuk online spt biasa untuk cr tempat praktikal.Entah terdetik d minda nak kluar terus n terjah jer pejabat org hakhak..yela nex week da balik jumpa my husband bfore my practical.. 

Lpas dok mendagu tgk email..kol budak junior nak pinjam moto..dgn make up x berapa nak lawa aku pn merempit la pejabat Takaful dekat UKM nih...cehhh malu gak wei org pejabat tu tgk..tp aku buat spt biase n senyum sambil bertanya nak antar permohonan praktikal kat ctu..

Dup..dup..dup..ngam2 boss company tu tgah ader kat ctu...terus dia suh aku masuk bilik office n terus terima aku..terkebil2 mata aku tgk manager tu terima aku..

"Encik betul ke sye diterima untuk praktikal nih"

"yer..awk dtg masa yg tepat ek..kebetulan bulan 5 ni my staff cuti bersalin 2 bulan"

ahahahaha melonjak gembira aku..n terus kol my husband..tgah2 bahgia dapat tempat yg dekat n senang...husband aku cakap die lulus PTK..ya Allah aku begitu bersyukur...

Petang ckit husband kol lagi..n cakap duit rm5oo yang pernah hilang da jumpa dalam lipatan kain..mak aii...aku tersenyum sangat2..x sangka bila Allah turunkan rahmat dan rezeki yang kita tak boleh jangka..

Cek email td..aku dapat 2 temuduga kerja tuk Assistant Account and Business Development.

Aku terpaku sekjap...kita tak boleh selalu merungut bla kita rasa hidup ni susa dan bermasalah..sebenarnya Allah ada rancangan untuk kita...dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan hadapi sekarang.

Monday, March 15, 2010

Aku Merinduinya~

Ya Allah semoga cinta kami kekal selamanya...sungguh aku hanya insan yg lemah..yg sering melakukan kesilapan...namun hati ini hanya mendambakan suamiku~

Wednesday, March 10, 2010

Aku Dulu2 vS Aku Skunk~ Rahsienye~ :-P

Aisehmen...mayu aku nak kabo kat korang cm mn aku dulu..hihi...mayu sgt2...awwww...hahahhaa gediks...hoho..
korang rse berat aku dlu bpe?tekalah..ala teka2?ececeh..malas konon nak teka...xpe2...men osom dulu..kalau aku menang aku gtau..hahahaha

"Eh budak ni betOL x betOL ni" huehueheue....

!
!
!
59kg


Aisehmen~mayu2..ehehehe tp gambar2 ni kenangan aku...aku bukan kisah gemOk tak gemOk..tp rmi yg mengate.."Badan cm org da bersalin,punggung cam bantal,badan cm makcik2 " cisssss~korang tu hebat sgt ke?korang da xde keje lain ke mengate aku??geraammmmmm !!! aku hanya mampu menangis org mengate aku cm tu...aku tekad nak kurus..bukan nak lawa...tp nak buktikan aku boleh kurus...aku sememangnya xkisa gemOk,,tp aku tak tahan org dOk mengate aku...aku pn ada hati dan perasaan,susakah drg?berhutang kh drg?kalO aku gemuk...cISSSSsss! hohoho..kalau naik marah boleh pecah dinding simen tau! haaah..

 jeng..jeng..jeng....
!
!
!
50 kg

 DENGAN KETINGGIAN 164 CM/BERAT 50 KG=BMI 18.5

inilah hasil ya aku dapat^.^ aku bukan kuat diet sangat..tp aku mengamalkan~

  • Minum air kosong 3 liter sehari
  • Elakkan makan lewat malam
  • Buat senaman at least dua kali-aku pena round padang stadium ukm 10 pusingan
  • Elakkan makanan bergoreng dan minuman manis
  • Elakkan dari makan nasi lebihkan makanan yg ada fibre tinggi-oat,dan roti bijirin
  • Mempunyai krim hilangkan lemak..ape kah benda alah tu er..'lebihan lemak'lupe da..hohoho

Selama lebih 2 bulan aku diet dari nasi dan makanan manis...banyakkan makanan sayur..semua nie bantu aku meningkatkan metobalisme,mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit..apa yg perlu korang jage adalah air kosong..kerana ia akan membantu proses hidrasi badan dan penghadaman.

Skg aku byk n tido mcm mn mana pn badan aku tak naik2...ehehehe...seyes aku cakap..aku lansung tak diet..malahan badan aku menurun dan maintain=)

untuk penjagaan muka:-

  • toner wajib ada-aku pakai safi
  • Bedak sejOk..
  • Vitamin C
  • Krim malam-nur ain
  • Cuci muka 3 kali sehari-penyuci muka safi
  • Losyen tuk badan dan tangan..kekeke
ehehehe..seyes..korang tryla..kulit akan berubah..lansung x berminyak,gebu dan 40% lebih putih dari kulit korang skg...sampai skg family dan kengkawan lama aku stil tertanya2 perubahan kulit aku..=)

Tuesday, March 9, 2010

Kenapa manusia HidOp Berpuak??

Hari hujan~mata ngantuk~tp nak gak wat entry...hohoho ^.^

start....berbalik kepada tajOk..kenapa manusia hidoP berpuak2?puak2?dr segi ape tu erk?


  • Kenegerian
  • Kelas sosial
  • Pemikiran
aku berfikir~memanjang...x bleh nak dpertikai..mmg wujud 'semangat puak'di dalam sanubari masing2..sekeliling aku teliti..renung~ahhh! 'puak'mmg tak dapat dipisahkan dgn diri kita...dan mungkin itu merupakan kepuasan kita untuk hidup dalam pemikiran yg sama,budaya yg sama,bahasa yg sama, walaupun title'puak' masih kuat diamalkan..tp dalam sesetengah pekara manusia perlu bersatu dan berhimpun~


papun...tolonglah!jangan terlampau tidak mahu menerima 'org luar' dalam lingkungan anda...cubalah terima mereka...layanlah mereka dgn cara yg baik..buang persepsi sesuatu kaum dan jangan beranggapan 'persepsi' itu betul...belajarlah..yg kita nih suma hambanya....sungguh aku kecewa dgn sikap sesetengah pihak yg hidup dan sayang 'kepuakan' mereka.

Monday, March 8, 2010

Hipokrit VS Hukum

Lalalala~ tension lor dengar org x nak ler jd hipokrit(dgn sora gediksnya)mataku akan automatik menyinga kat 'manusia spt ini' nope tu bukan hipokrit tu tuntutan!tu tatasusila! ko ni tak d ajar ke?uihhhh ayat tak boleh belah..tapi tu jerla yg mampu d suarakan di dalam hati...aku hanya mampu senyum dan lembut berkata..
"ni bukan soal hipokrit ttp tuntutan dan kepentingan bersama"

 

Sangat ramai aku menemui manusia seperti ini...sangat ramai...ader gak yg berkeras cakap suka hati gualah,,dan makin marah...ya seperti pa yg kita tahu..kengkadang ni manusia x leh tegur kan..uihhh...kekecewaan ini sering menerjah diri...kenapa ader manusia yg jahat?kenapa dia sampai hati buat suma nih?kenapa dia mengata aku kat belakang?sesiapa d luar sana yg terlalu gah..renungkanlah...cube pandang setiap sudut dgn diri sendiri..kita suma manusia sama..x yah nak keluarkan isu hipokrit erk....peace!

Aku hanya perlukan dia~

 i really miss them~

Lemah gemalai jari aku kali nih...entahlah..sekejap sunyi,sekejap ok....kadang2 perasaan sesorang berubah...disbabkan sesuatu atau tiada sebab..
kadang2 air mata ingin mengalir merenung hidup...kadang2 jiwa kosong....kadang2 teramat gembira...hidup ni bukan sesenang yg kita sangkakan...ada manusia hipokrit..ada manusia yg terlalu baik...perasaan aku semalam di mid valley seakan menguji aku sebagai hamba Allah...

Seorang Bapok meminta duit dgnku untuk balik seremban...niat hatiku ingin menolong..ttp entah aku keras untuk bg duit sbb dia seorang bapok...lagipn dia minta bukan cara yg baik...sekali aku tolak permintaannya "what type human of you!Shit"ini yg aku dapat...kita ni bukan lah jahat sgt xnak tolong..walaupn dia sorang yg bapok..ttp cubalah minta dgn baik~

Macam2...aku hanya memohon kpd Allah menjadikan aku insan yg rendah diri..walaupun d khalayak ramai biarlah org x perasaan dengan kehadiranku..aku hanya mau hidup dengan keluarga yang aku impikan..bersama suamiku..adik2ku...ibu..kakak..hanya kebahgiaan yg aku nak..

Sunday, March 7, 2010

Promotion 1 for rm10 | 2 for rm9 !!

 


Sila klik link kat bawah=)

Saturday, March 6, 2010

Sejarah Exam|ingat 8 pm tp 8 am...waaaaaaaa!!!!!!



6 march 2010..banyak adegan aneh yg berlaku pada harini..elok jer aku nak lelap mate..tetibe elektrik xder..mak oi..sangatla panas...menggapai bantal kecil ku dibuat kipasan badanku..fuuuhhhh..panas!!! aku tekanan...sambil mengelutkan kaki2ku kegeraman..haihh...aku bukak pintu..blok yg lain der letrik..aduih..aku paksa gak mata yg da lemah ni tutup..

9 a.m!!! kwn ku c pija tetiba miskol..aik budak ni miscol je ke?pesal awl bangat die miskol aku..kan exam lambat lagi..tetiba otak aku terpikir..aku mendapat petunjuk dari Allah..aku menggapai henset dan call bacl pija at three times..x angkt..xkan da mula exam kot!!!! aku cari numb lectur aku..

N:Salam puan,puan tgah exam ke skg..?
P:ye..nti call me back

Makkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! aku nak mennagis coz nila subjek yg aku clash sem lalu yg buat aku lanjut sem...!!!! Ya Allah mcm mn aku boleh cuai..aku xtaula mne pegi otak aku time baca emel..betul2 pikiran aku igatkan malam...

Bergegas aku pegi bilik air yg xder lampu..ishhh..letrik ni pn satu hal..aku cuci muka gitu jerk..berlari capai tudung dan jaket ku...(baju yg aku pakai dr semalam) lansung x mandi...muke pn nth cm pe jer...da kul 9.30 Ya Allah,mudah2 la aku di benarkan masuk..pujuk hatiku..Aku call back pensyarah..die x angkt,then i sms:

"Salam puan,im so sorry,i really thought mid exam at 8pm,please consider me.im on da way right now"

Puan tu call me back...arrhhh cepat jer aku sambut...so u kat mne ni?masuk je..asal lambat?

"sori puan,im careless" tu jer ayat aku mampu beri kat lectrur aku...Alhamdulillah..aku bersyukur..sambil berlari menuju ke Dewan..buka jer pintu dewan sume dok tengok aku..haiishhh segan2 ..mmg tersangat segan...Puan Norliza sambut aku dan bg kertas Exam..

Aku berasa lega dan menjawab dengan tenang,tidak putus2 ku panjatkan kesyukuran kpdNya kerana dpt amik exam wlupn lambat.Setelah selesai..aku mengucapkan terima kasih dgn Puan Norliza merangkap mentor aku..huhuhu.

p/s lepas ni pe2 yg ptg aku akan letakkan notice and remind terus..huhuhu

Friday, March 5, 2010

Ala Banyak Lelaki lain!!! ko Belah I DONT CARE!!!!

Teeeeeettt* otak ku belegar mencari jawapan...aku dilahirkan sebagai wanita di dalam dunia yang mempunyai jiwa yg lemah dan terlalu emosi..keadaan sekeliling membuatku terfikir...dan redha dengan lumrah alam..mmg kejadian kita sebagai muslimah adalah di bawah lelaki...dan suma pekara adalah berpokok pangkal dengan lelaki..

well...that y i love my husband..

Aku mendapat message...


N:Ok fine.Kalau mcm tu p la cri ex2 awk tu..myB drg better dr sy
D:Kalau mcm tu thanx coz syg sy selama ni...dan i hate u!!! assalammualaikum..

Huh???berderau darah ni...tp dalam hati stil nak pertahankan ego...aku mmg dilahirkan sbg perempuan yg mempunyai ego yg tinggi sesape jer ngn mne2 lelaki mmg drg akan tunduk ngn aku... Fuhh!!!Tahan2...aku tau 'dia'akan merayu kat aku balik...Seperti Kisah2 ku Yg lampau aku tidak pernah diputuskan lelaki.Aku jer yg putuskan hubungan..
Shittttt!!! how hell him to me..!!to yg terkuar dalam hati aku..riso gak dier lansung x msg senyap cenggitu je...
Biar betul 'Dear'ni..

Adoooiii!!!!aku dengan perasaan RISAU yg amat ni menggapai henset aku..dan tengok inbox...5 min kemudian..ArrggHHHhhh!!!!aku send gak msg..and minta maaf....

D: Sorry..sy da buat keputusan dan sy ttp dgn keputusan sy..hiduplah awk dgn keEgoan awk

Entah..bergenang airmataku tanpa ku sedari..aku terpaku dan berbaring....teruk sangat ke aku...???
Aku terus call die..langsOng x angkt..malahan reject my call and off hpn..

"ya Allah,hambamu ini bersalah tolonglah bukak pintu hatinya memaafkan aku"

Aku bertambah sedih..pilu....aku tak sanggup kehilangan dirinya..Semalaman ku menangis sehingga subuh..i call my mom...suara ku menangis teresak2.."mak..call aryan..tell him tu just message and i really cant live without him" aku lansung xder perasaan malu dan ego..aku betul2 hilang keEgOan..and then..aku baru sedar yg aku patut berubah dan tekad berubah..and my dear call

D: Dear sengaja uji syg selama semalaman..nak tgk sejauh mne keegoan syg..hahaha..kn?dear bkn spt lelaki lain tau..then u kene berubah..Dear lansung x terpikir nk lepaskan syg..

Marah campur nangis campur geram..wahhhhhh!!! Dear sengajaaaa!!!!gembira sangat hati ini bila tau tu hanya ujian kat diri aku...sungguh kerana dia aku da buat kesimpulan baru...popuan tidak boleh lebih egonya dengan lelaki...smpi skg aku selalu ikut ckp dan berjaga dalam apa yg aku cakap=)

p/s moral of story..lawa mana..kaya mana popuan..letaknya ttp d bawah kaki suami

Wednesday, March 3, 2010

Di Belit Ular Ketika Berzina

"Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."