Sunday, February 28, 2010

"Kisah Paling Seram - Gengblogger.com"



Pada tahun 1993 Tapah perak  batu 3 inilah lokasi berlakunya kejadian datangnya pontianak di depan rumah opahku...keadaan sekeliling yang berhutan dan alir sungai yg betul2 terletak dibelakang rumah  menenangkan ibuku yg baru melahirkan adikku..bayi yg berumur 2 hari masi dengan tali pusat berbaring d sebelah ibuku...sambil menyusukannya...mmg menjadi kebiasaan ibu akan balik ke tapah dan melahirkan baby di situ..

hari berlalu dengan cepat...malam kunjung tiba..jam menunjukkan sekitar 1-2 pagi..hanya opah,ibuku dan adik drumah...kuat angin berbunyi sehinggakan ibuku terpaksa menyelimutkan adik dengan kain yang lebih tebal..namun kelihatan adik semakin menangis...tanggapan ibuku mungkin perut adik dimasuki angin

gambar ini dipercayai betul mengikut analisis gambar yg dilakukan oleh sekumpulan photographer

Opah yg kesorangan tidur d ruang tamu...terdengar tangisan adikku yang tidak berhenti2..mereka tak sedap tidur dgn keadaan adikku yang tidak henti2 menangis..ibuku bckp ngn opah "imah tak tau knp adik asik nangis ni..da ubuh minyak angin" opahku tidak memalingkan kepala hanya asik mendodoikan adik yg x henti menangis..di dalam hati opah ''mudah2n ade org jenguk ke umah dan dpt tlg redakan adik"

tup tup...x sampai beberapa minit pintu di ketuk...

opah: hah..da ade org dtg...adelah teman kita limah...

opah dengan muka tenang dan sedikit gembira membuka pintu dengan perlahan.........

seorang perempuan yg duduk membelakang yg hanya menampakkan rambut panjangnya terpaku disitu....
 yg herannya opahku lansung tidak bersyak wasangka ..perasaan lebih kepada gembira..dan lebih mengherankan opahku lansung tidak kenal perempuan tersebut namun hanya terdetik untuk menjemput masuk...

"hah..ape terjenguk kat situ..mehla masuk" .

Perempuan itu masih lagi membelakangkan opahku dan hanya ketawa melalak...suaranya spt keluar dari hidung...setelah perempuan itu masuk..opahku seolah2 tersedar dan melihat bulu roma nya semua naik tegak ke atas..."Astagfirullahalazim"ucap opahku yg berumur sekitar awl 70an.

Cepat2 opahku menjenguk perempuan tersebut dan didapati perempuan tersebut menuju ke dapur..rupa2nya "uri baby" Allahuakhbar... itula uri baby yang belum di tanam merupakan habuannya..tin dimana uri adikku diletak bawah dapur mengeluarkan buih darah dan bergerak sedikit....
doa opahku"ya Allah lindungila aku daripada syaitan yg di rejammmm!!" bergegas opahku kedapur...
dengan perasaan yg berani opahku terus berkata"Kalau kau syaitan segeralah kau pergi!!"menguatkan suaranya...
 pontianak itu hanya mengilai....dan mengilai...dan menunjukkan memalingkan mukanya...lansung tidak menampakkan rias muka hanya kehitaman hanya mata merah seperti lampu yg  kelihatan


 
 
Opahku dengan perasaan merendahkan diri kepada Allah tunduk dan menutup mata....membaca ayat Kursi yg terakhir...ulangan ayat yg terakhir diulang sebanyak 3 kali berturut2...panahan petir kedengaran kuat sangat dan jeritan syaitan yg direjam kedengaran....Selepas opah mencelikkan mata...Alhamdulillah keadaan kembali tenang dan bergegas melihat keadaan ibu dan adikku yg baru lahir...Dan bacaan yasin dibuat semalaman...

Alhamdulillah keadaan tenang sampai kesubuh...menurut opahku...mmg kejadian tersebut bukan satu yg dihairankan..kerana alir sungai yg begitu dekat serta angin yg kuat memungkinkan pontianak sampai ke rumah.
Org2 tua byk mengatakan mahkluk halus mmg mengikuti arah aliran sungai dan angin..Allahualam

Cerita ini sentiasa menjadi igauan kami sekeluarga..mmg banyak cerita yg menyeramkan..tapi cerita ini dipilih kerana syaitan itu telah menampakkan dirinya...sekian

p/s skg keadaan rumah opah da elok..coz da ramai jiran...

p/s/s  cerita ini benar dan mendapat pertolongan opah -penceritaan semula..suh opah cite balik lebih detail..ade yg ym x caye...





 

Saturday, February 27, 2010

Keserasian

21.November.1980 dan 17 November 1986

Dua hari dan tahun yg berbeza namun berkongsi bulan lahir yg bersama
Anak ke empat dan anak ke dua
memiliki sifat yg sama dan kemahuan yg berbeza..

menurut analisis fadilah kamsah(x semestinya betOl pown)

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


adalah beberapa pekara yg sama ant kami yg membuatkan kmi gadOh...dan dua2 jenis cpat sejOk..wehehehe


Apa yg aku fikirkan sebagai kedudukan isteri d sisi suami..adalah:-


Aku tidak boleh lebih tinggi keegoan ku drpd suamiku...walaupOn kekadang bukan salahku..namOn biarlah aku berdiam dan memujOk hatinya...aku banyak belajar setelah kahwin ni...bila da ader mood da cool da.....dOkla bincang sesame sambil cubit mencubit...(time ni aku lepas geram cubit kuat2..hahaha)
DulO time lOm kawen...makk oii...biO gadOh kalah tsunami yg ptg aku menang...
Tp skg aku piki...lebih baik mengalah..seseungguhnya org yg mengalah adalah pemenang..Cheeeeeeewahh!!


I really love him(",)
 pic 24 tahun vs 5 thun

Ade je yg tak kene kat mate orang..haishhhh da mmg nmenye manusie..


nilah muke yg slO wat aku ikOt senyum..wehehe


kadang2 aku terpkir..dan sesiapa jer terpiki...pe yg boleh puaskn hati suma org?ape yg aku da buat smpi die masam muke?ape yg aku da buat sampai die kate aku dari belakang?

sob sob sob...hanya kesedihan yg melanda d sanubari..myB kdg2 tu silap kita sendri dan kita patOt beringat yg hati manusia ni lain2... bak kate mengatakan rambut sama hitam,hati laEn2..
And...maybe what we did something ..kite x sabo2 nak tunjuk kat org hasil keje kte or suprise or pape2 je...kat org ape yg kite da buat..pe yg kite dapat?hanya teguran yg xder 'insurans' langsung xder pujian2 ke xder intro seperti 'thanx''bile buat sume ni'yg kite dapat hanyalah ngomelan dan marah2n..tension siOt...tak taula korang cne kan...                                                                                     

Aku mmg suke d tego..tapi ..biOlah dengan cra yg btul ..seperti motivasi dr fadilah kamsah "biarlah kita tabur dengan 7 pujian dan 3 lagi tu dengan 3 teguran yg kte nak smpikan"

Skg ni aku nampak dan terlihat byk org tus direct cakap je..bangga ngn diri dorang..n slu cakap"aku ni kalau x puas hati sound direct je" punyela bangga die cakap gitu kan...ish..ish...cubelah berbudi bhs cket...so pePon kalau kite tak puas biarlah tegur secara yg baik..dan jika perlu x payahlah nak tegur depan org..biarlah dtempat n mase yg btOL....sekianlah ceritas aku...

Thursday, February 25, 2010

OpsSss...terSalah Kereta...MaloOoO...!!!!

 Pengalaman tak abes suda....

Time ni aq nak balik ke Kuala Lumpur da.Mmg jadi habit aq n husband aq akan berjalan2 mengelingi bandar untuk membawa bekalan yg patot pg kl..lpas dr beli ikan masin n ikan bilis..(i love ikan bilis goreng eheheh(",))
aq nak singgah ke kedai buku...nenoneno da 2 raun pusing bandar maka dengan ini dumumkan jumpelah kedai buku yg aq slu g Qong Ming Bookstore..haha3x

D : hah..pegilah syg cri majalah tu,dear nak pusing jap..xde paking kat cney...
N : yala..syg pg nti dear tunggu jak depan kedai erk..x lame pown

Maka aq dengan ayunya turun dr kete dan melintas jalan..pewitttttt anak sapola tu!! haha3X
aq dengan comeynya pegi mencari majalah kegemaranku dara&rapi..,sambil jalan2 round buku..eh,nak beli untuk dearlah satu,Buku mastika special edition ttg kisah org pegi mekah..
so,aq pown pegilah bayar dengan anggunnya..mak oi..haha3x

Aq ni rabun sket...pastu ngengade xnok pakai cermin mata..jam da menunjukkan 4.30 lagi satu jam setengah flight aq..yah yah..lepas tu aq dgn yakinnya pegi lah menuju kete husband aq berwarna orange..

nak buka pintu da ...mak oiiii salah kete...pakcik dalam kete tu..wat muke blur kat aq..

Bommmmmmm!!!!malooooooo!!
 aq dengan muka xtaO nak letak mne..berundur dan tersenyum kucing...meoooww....kete husband aq rupenye kat belakang cket...dengan perasaan muke macam nak pengsan aq pergi mengadu kat husband aq minta belas kasihan.Hahahaha tula org suh pakai cermin mate xnak!! Hampeeehhhhhhh 
moral of the story korang kene tgk bebaik kete yg nak naik tau..walaupon sebijik..wehehehehe(",) 

 
ni da terlebih sengal...wehehe...
 

Wednesday, February 24, 2010

Perancangan pre-Majlis Perkahwinan(◕‿◕.)

Perancangan Pre-Perkahwinan


Da hampir masuk 3bulan pernikahan dengan Aryan Hasnul~~
Tinggal berjauhan tatkala x abes study mmg memeritkan..
Tapi itu adalah bgku mengelakkan fitnah dan maksiat..wehehehe emo sekejap!!

well dalam mencari colour dan theme..aq telah sepakat dengan husband ku nak buat "merah and cream"dan theme roses yang menyatakan cinta bahawa kami sentiasa mekar.Dari kad kahwin,banner,dan souvenir nak colour cream and deep red..wehehehehe(",)

Perancangan perkahwinan mestilah dijalankan dengan teliti dan dimulai dengan barang hantaran:-

Lelaki





  • Minyak wangi hugo 1 set
  • Kasut -x decide lagi nak beli colour ape..
  • 1 set dompet beserta tali pinggang
So ader 3 benda besar(kos yg tinggi)hehehe..ya laen baju melayu&songkok,sejadah dan kitab Quran serta kuih dan muih.

Kemungkinan 98% peratus aq akan wat catering...
 Selain itu untuk souvenir kawen aq x decide lagi..nanti kalau kuar aq nak round and beli je trus mne yang lawa...wehehehehe(",)

konsep yg ak nak time majlis
Biarlah secara sederhana dan meriah...coz x baek nak membazir hanya untuk belanja kahwin...banyak lagi bende nak piki...nak beli perabot rumah dan sebagainya...boleh mencecah puluhan ribu ringgit.to All yg nak kahwin dan sedang bercinta..belajarlah berjimat dan kahwin bukan nye senang..wehehehe(",)

  • benda yg x decide lagi
  • banner
  • souvenir
  • catering
  • design card
  • makeup
  • baju tuk family(nak boria hehehe(",))
  • kasut jenama ape
  • Dompet 1 set jenama ape 
  • Tempat honeymoon(",)
Tarikh yang dipersetujui adalah 19.11.2010
Meh pg rmi2(",)

    Setelah Lama Tak Ketemu(◕‿◕.)

    Time ni..aq tersangat rindu ngan husband ak..ngeh2...suprise....!!!


    Ceritan ceritOn..bac3lah...meSti tOp..wehehehe(",)

    Al-Kisah KeluargA Kuat Makan maKanan Segera.......

    Wehehehe...saper sangke kali ni aq nak tulis pasal adek beradEk aq..bukan ape..ak aq sangat berbangga memiliki adik2..kakak yg sangaT baeK hatinya<---macam liRik lagu lak...mungkin kalau dorang bace ni mesti bangee punye...wehehehe..apO2 pOwn penulisan adalah ikHlas..tiada kait mengait ant hidOP ngn mati..hanya berkait ngn kuage ak jer...wehehehe..slalO org mula dengan sulOng kan..kali ni aq nak mula ngan adEk bongsu aq...mari kita tengok same2 muka dier yg tersangatlah comey tapi busoOOkkkKK!!!

    !
    !
    !
    !
    Taraaaaaaaaaa...caye bername nurfatini!!call me pini yer kakak2 n abg2..^.^


    Budak kat ats ni..sangatlaH jOOyaHHH...pOtpeTpotpeTpoTpet jer keje nye..1st meet ngn budak BUuusuk ni mmg pendiam taO..bila da kenal..mak OOii..bising yg amAt...
    Kiteorang panggil die pini...keTuO kelas kat sk Pekan..berumOr 11 tahOn...die ni kan..suke sangaT menghasut kak ngah(aq kak ngah)n kak long aq..kalau dier gadOh ngn syaza(anak no 5)...selalO ayat ni la yg dier kuOkan..

    "(bisik kat telinga angah)angah..nanty kalO kiter jalan jangan bawa jaja erk..."

    maka,tersenYom lebarla kak ngah nye ni..wehehehe...amBoii adik aq sorang ni bukan maeN lagi dier er...wat pengetahuan korang...pini dan jaja ni..mmg x boleh blaHH...mmg x leh kamceng ler...asikk nak gadOh dan jeles menjelesi...perna sekali dorang gadOh...dan time tu aq seBok nak masak ni...

    "pini tolong belikan angah serbOk kari.."
    jam menunjukkan kul lapan
    "pergi ngan jaja erk..amik duit kat ats tv"
    pini pOn jwblaH..
    "xperla angaH..pini pg sendiri..xnaK ngan jaja..."

    wat pengetahOan korang...mereka ni mmg xpena jalan bersama kecuali terdesak..pena sekali adik aq cakap ka aq"angah..pini rela jalan sorang xnOk kuar ngn jaja..."ish ish ish..tapi dorang ni tidur sebilik..selalO tolak menOlak...wakakaka....

    Pini ni mmg manja sangat...pantang kene marah memang meleleh la air matenye yg da bOsan sgt aq tgk..budak ni menyusu setelah menjangkau darjah 4..bayangkan kat ctO jer..suKe sangaT ngn kaler pink tu (sme ngn aq..wehehehe)
    next...!!!



    call me apik@apipok!!!!!

    pewiiitttt!!! apik meh cni angah nak ceOmmm..hehehe...ni lah ant penyeri dalam kuaGo kiteorang...umOnyer..da menjangkau 12 tahOn..tapi stil perngai macam 6 tahOn...dier ni dikelaskan ngn penduduk syurga ameeennn(",) mempunyai masalah kat Otak coz pena kene SaWaN yg terOkk...
    ingat lagi 1st time die kene sawan..time tu arwah tgh amik wudOk tuk terawih..tetibe apik jatuh dan mengeluarkan buih..aq yg 1st sedar dan jerit...makkk tgk apik..arwah bergegas amik sudu dan letak kat mulutnyer...dan simbah sebaldi air...x sampai 5 min..apik kene bawa kat hospital..dan lansung tak bernafas..mak ak ckp..arwah bawa kete mmg mcm jet..sumer die potong lebih 10 kete die potong coz apik da x bernafas...AlhamduliLlah apik stil bernafas sampai skg(",)
    byklah kisah apik nih..kisa die kene langgar tp selamat coz tayar x kene...hilang d bandar..berjalan kaki dr umah smpi kedai mak aq...mmg kami sume take cre ngn apik coz die mmg tersangatlah nakal...

    satu kewajipan bg apik yela 4 burger dan minuman coke...apik ni senang nak d surOh...bile kteorg marah..die akan cepat pelOk kite..and cakap apik sayang angah...sifat penyayang apik mmg tidak boleh dipertikai...sehinggakan bile filem ceter cedih mmg die akan nanis...wehehehe...

     nexttttt!!!!!


    JaJa adelaH budak paling kuaT tidOO..zZZzzZZ


    Syaza Syahirah..tu nama my adEq sorang nih...budaknya comeY..cume kuAt tido...die ni x berapa nak banyak potPet..suke berdiaM dan buat kerja sendiri...seOrang yang rajin belajar...walauPon dier gaya skeMa..pe yang xboleY blah..jaja sorang yang kuat bergaya dan suke menyanyi...

    bole dikatakan sumer ketiga2 cermin kat ruang tamu die round dan menyanyi...wehehehe(",)apePon budak ni biO kiter marah dan berleter x melawan lansung la...boleh di kelaskan sebagai manusia yang kurang perasaan marah....baEk budak ni...cume pe yang xboLey tahan..sangat aktif kat skOla..dan kdg2 tak menyiapkan keJO umah..tu yang aq bengang tu...

    yang tak tahOnnye..kakak2nya adalah melarang keras adeq2nya bersms ngn lelaki...sekali tu mmbe dier lelaki sms dan mengucapkan hari kemerdekaan...kak long aq pegi pulas telinga dier...cian siOt..bg aq bkn jaja yg salah kan..(tp salah gak coz bg num kat lelaki)

    lari taJok jap...*setelah arwah meninggal..kak long kak ngah adalah berkuase penOh dalam mendidik dan menjaga adEq2..yerla mama pun bz ngn keje n bisnes...adEq2..lebih rapat ngn kak long n kak ngah nye nih..wehehehe(",)

    next!!!

    !
    !
    !
    !
    my name is wan@safuan!!

    wan adalah adik aq lelaki yg aq rapat..banyak berkongsi cite kec citer awek die...wehehehe(",)wan ni da masuk tin 5 tahOn ni..amik SPM...die ni suker sangat picit lengan aq,..mmg sakit giLOw...selalu maen kejOr2....dan aq selau bg pusingan skru driver kat perOt die sampai biru..wehehehe(",)
    adeq ak sorang ni pOwn mmg pendiam dan sangat senciTif orangnya dan sgt penyayang..

    time jenazah arwah diusung..dierlah yang paling nanis kuaT dan walaupOn arwah slalO pukul dan marah wan..wan sgt rinduI arwah sehingga hampir 8 tahun berlalu..mungkin wan rse rindu ngn perhatian yg arwah bg..
    safuan sorang yg rajin dan sgt patuh orgnye...bende2 yg x patOt sume die iKOt..dan sentiasa berada d rumah sebelOm maghrib..suke berahsie tula ant sifat lelaki...kan?

    next!!!

    name sya adalah mubarouk

     

    org masjid..inilah kebanyakan panggil adik aq yg sorang ni..barok tula panggilan name adik aq bawah aq..yg ketiga..skg belajar kat college..tapiiiiii.....barok suke sangat ngan mawi tau dan baru sje mengikuti uji bakat AF 2010!!! sampaikan ada 4 peringkat die berjaye lalui..dari 3000 peserta kat bukit jalill sdie adalah 30 org yg berjaya ke peringkat akhir..tunggu pemilihan terakhir oleh pihak astro jer nti time prelude..wehehehhe(",)bg aq sora die macam biasO2 je nih..x tahannnn!!kdg2..kat bilik air mandi pon melalak jer kejenye..mungkin nilah bakat kuage ak..dalam bidang nyanyian,,sume pandai nyanyi..kec aq x minat sgt pOwn..weheehehe


     
    its me aloooonnggggg!!!!

    hehehehehehehehehehe....along mucuk budak mucuk...hehhehehe...aq rapat tersangat ngn kak long aq..bile da ade peluang bersama kteorg banyak habiskan masa d bilik berbual..makan bersama..sehinggakan time mandi aq pon die ikOt dan berborak..mmg best la kak long aq nih...rindu kat dier....huhuhuhhuhu...kak long aq nih sorang yg pendiam ngn org yg die xkenal..dan sangat gelabah...sehinggakan bile aq kuar ngn die..kad reload pn aq yg beli...weheheheh(",)tapi kami mmg sekepala dan jarang bergadOh..hehehe...tapi kalaO dapat gadOh mmg terOk r..ant kami xder rahsie...tula ayat yg aq mampu gambarkan macam mne hubungan rapat kami..

    kak long aq ni lepasan ums dan sangat simple orngnya...jenis yg x suke ngn org yg kasar...bile ade yg die kenal ngn org yg selalO ckp kasar..mmg die xkan Geng ngn budak tulah..hehehehe...i miss her my along^.^

    sekianlah al-kisah adek beradik aq...i love my family..dan aq percaya kami akan terus bahgie..walaOpon masing2 da ade kuaga....may Allah bless we all(",) best tak???hihi meh bg komen korang.....  :P





    Sunday, February 21, 2010

    Kisah Cinta ku Bermula (",)

    Semua manusia dilahirkan dengan perasaan ingin menjadi org yang terbaik kecuali mana2 otak yg da putus wayar* kikiki...well,ak juga ingin dilahirkan menjadi seorang yang terbaik..dalam semua hal dan perihal
    .. 

    on my entry ak ingin bercerita ttg terbaik dalam cinta...cinta ni kdg2 menggelikan kn..terutama kat komuter tu ader yg x sedar diri bercinta sambil berpelukan dan becumbuan*opss da lari tajuk..hahaha..


    neway..ak adalah secara personal  yg ingin menceritakan pengalaman mude2*(masi muda pn 24)hehehe lebih tepat lagi zaman belum kawen..ak d lahirkan pastu umur da menjangkau 15 tahun tingkatan 3 rite?heheh di sinilah aku mgenal cintan cintun...cinta monyet ak yg petama adalah seorang pemandu merangkap kete sewa ak..wahahaha best gak kenang...(",)time ni ak x piki apo2 pown,pe yg terlintas dlm hotak nih nak pakwe PAKWE CUTE

    yg lucunya-time ni kat kampung arwah nenek ak..aderlah sorang sepupu ak ni..i call her ''onnek'' hahaha gelakkn nama dia yg x comey tu..ak ngn die kire mmg otak lelaki jer..n nak fight saper yg byk koleksi n paling femes kat kampung tu...so beralih ngn mamat kete sewe ni..die ader hati nak rampas mamat tu dr ak..ak nampak gk drg deting.."fuuhh lemah semangat"tp ak x sedih pn juz nak rampas balik mamat tu...so ak ngn onnek ni pgla jumpe berdua ngn mamat tu..ko nak pilih sape..ak ke onnek.."berdebar2 menunggu jawapan"ak pili nuri..hahaha (sesuka hati kan mamat ni nak pilih sape)so ak ngn banggenye tunjuk muke ngn kazen ak..hahaha..

    kat umah kazen ak frust menonggeng la..demam la...sampai satu saat tu adakah ptt die buat kopi terletak kicap..makkk oiiii...hahaha...*skg onnek tu da kawen ngn mamat bangi...da pregnant pown...alhamdulillah....



    bla..bla.. and blah!! hahaha...selepas stpm ak telah menemui ustaz..dan disinilah bermula perjalanan cinta ak..  


    korang ingat ak akn kawen ngn mamat yg bergelar ustaz nih kan..


    continue......  ak dipindahkan ke daerah papar,Sabah..sangat jau dari family ak..terutama dr mama..sgt sedih time nih..tika tu..my dad baru meninggal..dan mak tus anta ak kerumah makcik ak coz mak bru kawen..time tu ak xpena bpisa jau ngn family(time ni ak bru masuk ting 3) kak long ak skolah kat cne gak..1st day kat umah makcik ak..ak byk memencilkan diri kat bilik...then byk nangis sendirian coz x biase ngn keadaan umah yg begitu sunyi dan lansung xder org(sumer ank makcik ak lelaki).

    Ak mendaftar smk benoni Papar sebagai pelajar baru..ak xder kwn pown...masuk kelas umpama dalam gua macam xder org..sumer x nak tego ak(dalam hati...xpe biasekan diri..mungkin ak pelajar baru kot..myb drg amik masa nk geng ngn ak)

      Ak balik umah seperti biase....spt budak2 skola yg naik bus tu..hehehe..sampai umah keje ak solat..n tido..kul 3 ptg mcm tu ak bangun kemas umah n masak...yala ada menumpang kene ader disiplin...

    ptg2 ak kuar merewang ngn basikal anak makcik ak nak hilang tension cket..ak bertembung ngn sorang mamat..die baru bis maen bola...time nth ape ak x bpe igt..die slu smpikan salam kpd ak melalui adik popuannya...time tu ak kuar la balik tanduk ak nak bercintun....

    so bercintala ak ngn mamat a.k.a ustaz nih...i call him 'boboy' ak baik ngn family die..cume byk konflik ngn adik beradik die..ngn mama n abah die ak okeyh....

    perjalanan cinta ak berjalan spt biase......ak mencintai die...tp ak x tau sekuat mane...ak ikut floor jer...ader jodoh aderlah...cuma boboy ni memang seyes ngn ak...

    ak selalu berlaku curang ngn boboy ni...ngn GG...Wazier...tu jer ak igt..da lame sgt la...byk lagi x bpe igt..tu yg top coz ader muka...hehehehe....


    Die xnak putus ngn ak..dan sanggup d madukan...so ak pn xlah sejahat mne..ak putskan gak hubungan kami n xnak biar dia bercinta ngn popuan jahat mcm ak...boboy tau ak sape....walaupun ak liar bcinta..tp dalam batas agama dalam berhubungan ak sgt jge...so bila ader mamat nak amik kesempatan kat ak..mmg time tu gak ak putuskan hubungan...


    selepas tingkatan 6 ak terus bercinta ngn boboy..
    Selama tempoh percintaan kami...ak mula kenal dia...die baik..selalu tlong and care kat ak...tp lama kelamaan jangkaan ak meleset....biarlah aku sendiri yang mengetahuinya. .Aku reda...dan xkisa sume tu..time ni aku cube mencari pasangan..dan menjadi isteri solehah.bg ak xder org nak sempurna 100%.


    Aku belajar seperti biase kat UKM selama 3 tahun..dan satu ketika ak kenal ngn suami ak skg Aryan Hasnul.ak kenal die kat ym dan dalam satu komuniti internet....jodoh kita kat tangan Tuhan tu yg ak pegang...nth mengapa selepas tiga tahun..ak macam gusar dan x duduk diam...ak confuse...ak mint ngn Aryan..sbb kematangannya dalam kehidupan...dan banyak lagi yg x boleh nak post kat dalam blog ni...satu ketika ak nak loss contact ngn Aryan..mase tu ak terlalu rindukan die...ak call mak ak...mak aklah tempat ak membuat keputusan dan pertimbangan.


    "nak,kita boleh bercinta sejuta kali..tapi dalam mencari calon suami hanya boleh sekali"

    ayat ni lah yg ak renung2kan....pilu hati ini tidak terkata..betul kate mak ak..kita boleh bercinta byk kali..tapi hanya kawin sekali...ak solat isktikharah dan berdoa


    "ya Allah sesiapa pun jodoh hambamu dekatkanlah dia d hatiku"


    dalam masa ak nak buat pertimbangan hanya Aryan yg bermain d hatiku...time tu jugak Aryan berpuasa setiap hari sampai ak membuat keputusan untuk menerima dan menolak cintanya.Aryan seorang polis marin dan mempunyai daya tarikan pada matanya...die xtaO pn aak da ader pakwe..tp bila ak da berterus terang...die x putus asa..dan cakap hatinya telah menyebOt namaku(cehh jiwang yg amat)dan cakap ak blOm jd isteri org.

    well ramai yang membuat conclusion yg bertapa tak pttnya sesorang bercinta ngn org lain bila kita da ader pasangan kn?...tapi penentuan kebahgiaan kita adalah datang dari pilihan yang tepat  secara umumnya ak menganalisis apakah hasil dan akibat yg bakal ak dapat(ceh nak pilih pasangan pown kene wat analisis gak tau)wehehehe..


    Time ni ak sgt rase bersalah ngn boboy...tp ak jarang jumpe die..walaupun hubungan kami lama..tp perasaan ni x perna nak bagi sepenOhnya kat die...so saat ketika...bila kami bergaduh...dan keputusan yg kami ambil....telah disepakati bersama ...dan saat tulah ak x teragak2 nak putuskan hubungan..

    Dan hubungan ak ngn Aryan telah bermula...dan x sampai setahun ak nikah ngn Aryan...sampai skg aku cukup setia dan mahO jd isteri yg baik canTek dan yg paling penting nak wat kuaga yg bahgie...

    well..kami kenal dalam satu komuniti...ak selalu belek page dier..yerla..die admin dalam satu web...kenelah tau saper dier dan usha2 muke die yg penyayang tu* kikiki...
    Aryan slu letak comment yg membransangkan bagi perkembangan web..kami slu berbalas komen..tanpa mengetahu even nama,asal dan pekerjaan.


    Dalam hidup ni,benda ak paling x percaya ialah jatuh hati dalam internet...dan x perna nak prcaya saper2 pOwn..SelalO baca dalam majalah and news banyOk yg menjadi mangsa penipOan dan mangsa rOgol akibat berkenalan dalam internet..dan statistic mengatakan 30% data boleh dipercayai dari kenalan kita.


    sO time tu ak xderla nak buat niat bercintan ngn Aryan nih...tapi rupa2nya Aryan minat bangEt kat ak..sehinggalah admin utama PM ym kat aku..n tell me that aryan minat n kenal ak lebih dalam..cumer Aryan xtaO mula dr mne..(pemalu la katekan)


    so bile ak dalam chat web..dier x menaip..so ak diam..dan die plak menaip..mcm tulah..seGan tulah perkataan yg die slu cakap kat membe dier..


    Tiba2 tgh malam ni ..ak dlanda gOsip liar yg mengatakan ak perampas kepada sOrang lelaki ni..naEk geram gak ak..sampai sumer piki ak ni perampas...Aryan yg byk bagi suppOrt kat ak..tibe2 dalam private message chat blog..kat situ dier menyatakan suke kat ak..(gelabah gak tibe2)rupa2 nya..Aryan adalah budak sekampung...sebangsa..hanya satu seberang jalan da sampai kat umah dier...best gilOw dapat kenal ngn lelaki yg sebudaya dan pemikiran ngn ak..heran naper sebelOm ni ak x perna nak bertembung ngn diEr..sob..sOb..


    Ak x rancang pOwn nak couple time valentine day..tp time tula ak couple ngn dier..tanpa mengingati haritu yelah valentine day(korang tau x?ak x perna nak sambut valentine..i hate that...but cuma mengingatkan pertemuan kami pertama kali)


    masa berlalu..angin berteOP sepoi2..hahah..ak akan bertemu ngn die...time nih gementar yg amat....dalam flight xleh nak dudOk diam..asik g toilet jer..gelabah siOt..


    Ak nampak dier dari jaOh dengan senyuman...dan di sinilah kami mula berkenalan secara lebih dalam dan mengikat hubungan dalam dunia realiti...


    Saat inilah..ak mengikat janji dengan Tuhan..akan menjadi seorang yang setia..dan biarlah die jadi suOmi ku...kami menjalankan hubungan dengan baik..dier slalO dtg umah..jumpe mak dan bawa adik2 ak jalan..mandi laOt..makan...best sgt2 kuar rmi2 ngn adik2 beserta org yg kita sayangi...


    Sepanjang kami berhubungan hingga kini..gadOh ilah pekara yg kami cuba elakkan..dan gadOh pn hanya 5 min jer..pastO baek balik..hehehe..dan bekalan nestOm x perna putOs coz Aryan minat sgt ngn nestOm gtu jgk ngn ak..wat pengetahuan korang2..banyak benda yg kami samer...pekara yg diminati dan sifat kami...best gilOw...hehehe..


    Sifat saling menjaga dan bertolak ansur..serta kejujuran dan kepercayaan adalah kunci kebahgiaan kami...dan sentiasa memohon kepada yg Esa..semoga kami dapat hidOp bahgia dan menjadi keluarga Islam sejati..(",)


    I really love him...(",)

    Friday, February 19, 2010

     

    Inilah pasangan cinta dan kehidupanku...
    yg  bernama aryan@dear panggilan manjanya...
    seorang yang amat berdidikasi dalam kehidupan...
    memiliki motivasi yang tinggi menempuhi ranjau kehidupan yg sntesa berduri...
    ku merindui dirinya walaupun aku berada dalam dakapannya...


    Berumur lewat 20 an...
    yg menampakkan kematangan pada pemikiran....
    tawanya sangat memukauku...
    owh..aku sangat terhibur melihat dirinya...
    walaupun sepanjang hari menatapnya..
    ajaib diri ini x pernah untuk jemu....


    Sungguh aku mencintaimu....
    i love u so much dear
                                                                    


    Ruangan ini adalah ruang kebahgiaan kita...
    yang kita coret bersama...