Pada tahun 1993 Tapah perak batu 3 inilah lokasi berlakunya kejadian datangnya pontianak di depan rumah opahku...keadaan sekeliling yang berhutan dan alir sungai yg betul2 terletak dibelakang rumah menenangkan ibuku yg baru melahirkan adikku..bayi yg berumur 2 hari masi dengan tali pusat berbaring d sebelah ibuku...sambil menyusukannya...mmg menjadi kebiasaan ibu akan balik ke tapah dan melahirkan baby di situ..
hari berlalu dengan cepat...malam kunjung tiba..jam menunjukkan sekitar 1-2 pagi..hanya opah,ibuku dan adik drumah...kuat angin berbunyi sehinggakan ibuku terpaksa menyelimutkan adik dengan kain yang lebih tebal..namun kelihatan adik semakin menangis...tanggapan ibuku mungkin perut adik dimasuki angin
gambar ini dipercayai betul mengikut analisis gambar yg dilakukan oleh sekumpulan photographer
Opah yg kesorangan tidur d ruang tamu...terdengar tangisan adikku yang tidak berhenti2..mereka tak sedap tidur dgn keadaan adikku yang tidak henti2 menangis..ibuku bckp ngn opah "imah tak tau knp adik asik nangis ni..da ubuh minyak angin" opahku tidak memalingkan kepala hanya asik mendodoikan adik yg x henti menangis..di dalam hati opah ''mudah2n ade org jenguk ke umah dan dpt tlg redakan adik"
tup tup...x sampai beberapa minit pintu di ketuk...
opah: hah..da ade org dtg...adelah teman kita limah...
opah dengan muka tenang dan sedikit gembira membuka pintu dengan perlahan.........
seorang perempuan yg duduk membelakang yg hanya menampakkan rambut panjangnya terpaku disitu....
yg herannya opahku lansung tidak bersyak wasangka ..perasaan lebih kepada gembira..dan lebih mengherankan opahku lansung tidak kenal perempuan tersebut namun hanya terdetik untuk menjemput masuk...
"hah..ape terjenguk kat situ..mehla masuk" .
Perempuan itu masih lagi membelakangkan opahku dan hanya ketawa melalak...suaranya spt keluar dari hidung...setelah perempuan itu masuk..opahku seolah2 tersedar dan melihat bulu roma nya semua naik tegak ke atas..."Astagfirullahalazim"ucap opahku yg berumur sekitar awl 70an.
Cepat2 opahku menjenguk perempuan tersebut dan didapati perempuan tersebut menuju ke dapur..rupa2nya "uri baby" Allahuakhbar... itula uri baby yang belum di tanam merupakan habuannya..tin dimana uri adikku diletak bawah dapur mengeluarkan buih darah dan bergerak sedikit....
doa opahku"ya Allah lindungila aku daripada syaitan yg di rejammmm!!" bergegas opahku kedapur...
dengan perasaan yg berani opahku terus berkata"Kalau kau syaitan segeralah kau pergi!!"menguatkan suaranya...
pontianak itu hanya mengilai....dan mengilai...dan menunjukkan memalingkan mukanya...lansung tidak menampakkan rias muka hanya kehitaman hanya mata merah seperti lampu yg kelihatan
Opahku dengan perasaan merendahkan diri kepada Allah tunduk dan menutup mata....membaca ayat Kursi yg terakhir...ulangan ayat yg terakhir diulang sebanyak 3 kali berturut2...panahan petir kedengaran kuat sangat dan jeritan syaitan yg direjam kedengaran....Selepas opah mencelikkan mata...Alhamdulillah keadaan kembali tenang dan bergegas melihat keadaan ibu dan adikku yg baru lahir...Dan bacaan yasin dibuat semalaman...
Alhamdulillah keadaan tenang sampai kesubuh...menurut opahku...mmg kejadian tersebut bukan satu yg dihairankan..kerana alir sungai yg begitu dekat serta angin yg kuat memungkinkan pontianak sampai ke rumah.
Org2 tua byk mengatakan mahkluk halus mmg mengikuti arah aliran sungai dan angin..Allahualam
Cerita ini sentiasa menjadi igauan kami sekeluarga..mmg banyak cerita yg menyeramkan..tapi cerita ini dipilih kerana syaitan itu telah menampakkan dirinya...sekian
p/s skg keadaan rumah opah da elok..coz da ramai jiran...
p/s/s cerita ini benar dan mendapat pertolongan opah -penceritaan semula..suh opah cite balik lebih detail..ade yg ym x caye...
Labels: contest geng blogger