Thursday, July 29, 2021

Kisah Silam

Aku pasti sejahat-jahat manusia ada niat untuk melakukan kebaikan. Aku pasti sebaik-baik manusia akan ada keburukan.

Ramai sekali sudah terbabit dengan viral . Ada muda , ada yang tua. Tidak kira artis atau orang biasa. Aku macam korang , perasaan bercampur baur, marah  , dan geram . Kasihan , kagum dan terharu. Namun , banyak benda negatif lagi besar viralnya dari benda positif.

Yang pasti , satu perkara yang aku dapat lihat melalui mata hati aku.. benarlah pepatah mengatakan , Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Aku sendiri ada kisah silam. Kisah silam yang membuatku matang berfikir , kisah silamku yang sering buatku sering rasa berdosa. Kisah silamku yang buat diriku manusia tiada yang sempurna.

Aku cuba sebaik mungkin untuk sentiasa memperbaiki diri . Aku percaya akan ada sebahagian insan yang telah diviral akan menjadi lebih baik. Mungkin baik lagi dari kita sekarang. Cukuplah menasihati , jangan kita ikut sama menghina. Takut nanti satu hari , kita pula yang mendabik dada dan tiba-tiba jatuh tersungkur , lalu memikirkan kata-kata yang kita lemparkan berbalik kepada diri sendiri

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , siapalah kita untuk mengadili seseorang seperti neraka tempat mereka. Semoga aku sentiasa berpada-pada dalam berkata-kata.

Aku sejenis orang yang suka buat kesimpulan. Namun , kesimpulan mungkin bertukar. Bukan kerana lalang , tapi aku rasa kita patut beri sokongan dan kata-kata yang baik setiap perubahan yang menjurus kepada perubahan yang positif.

Izzaihan Makran 


0 PoTpeT(◕‿◕.):

Post a Comment